saido.org

10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w.
Khutbah Wida’ Rasulullah s.a.w.

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

KEHEBATAN BISMILLAH
“Kehebatan Bismillahirrahmanirrahim! Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir

rahmaanir rahiim banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan

diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi

kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi (yakni

Malaikat) dan alam yang rendah (yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di

muka bumi).

Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Sabda Rasulullah

s.a.w.: “Adalah Jibril apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya

kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiim.” (Darulquthni dan Ibnu Umar

r.a. )

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain antara ia

dengan nama Allah, ‘Akbar’ seperti putih mata dengan hitamnya. Begitulah

dekatnya.”

Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya oleh Utsman Ibnu Affan

berkenaan Bismillah.

Sabda Baginda s.a.w. lagi: “Ismullahil-A’zham ialah Allah. Apakah engkau

tidak lihat bahawasanya pada semua pembacaan Al-Qur’an dimulai dengan

Bismillaahir rahmaanir rahiim sebelum menyebut nama-nama Allah yang lain.” (

Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.: “Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiim,

bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah ‘Arasy kerana

turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para

Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar

segala sendi-sendi kerana turunnya.”

Dari Abu Na’im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.a.:

“Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiim, mengucap tasbihlah

gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya.

Lalu mereka berkata: “Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu.”

Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah.”

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim

dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak

dapat mendengarnya.”

Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir

rahiim dan laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah

lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan.”

Dari al-Waqii dan atas-Tsa’labi dari Ibnu Mas’ud r.a.:

“Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang

sembilan belas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir

rahiim. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai

perisai.”

Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas’ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiim, dituliskan baginya

tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan

diangkat dia 4000 darjat.”

Bersabda Nabi s.a.w.: “Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia

dan pakaian mereka. Oleh itu, barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian,

ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Kerana sesungguhnya nama Allah

yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah.”

Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir

rahmaanir rahiim setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang

kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan syaitan. Bukan sahaja kita

mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan

keselamatan sama ada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita.

Dari Anas bin Malik bersabda Nabis.a.w.:

“Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu

dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis

erti Bismillaahir rahmaanir rahiim selama sejuta tahun, mereka tidak akan

sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya.”

Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat

nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim. Lebih berat

kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain:

“Alangkah beratnya imbangan amal kebajikan mereka.”

Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai

segala perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia

adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi

serta segala isinya ke atas neraca timbangan, nescaya beratlah lagi kalimah

Bismillaahir rahmaanir rahiim.”

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.bersabda:

“Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana

Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga

engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu,

ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiim kerana sesungguhnya Malaikat

penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi

janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan

bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga

tidak dikecualikan walau seorang.”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,

lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim dan berdoa, “Ya Allah,

jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa

yang Engkau kurniakan untuk kami”, maka jika sesungguhnya Allah takdirkan

dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan

memudaratkannya untuk selama-lamanya.”

Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta’ala itu

mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi

Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di

dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama

disebutkan di dalam Al-Qur’anul kariim manakala 1 berada di sisi Allah.

Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3

nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di

dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiim. Maka, barangsiapa mengajarkan

dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiim umpama ia menyebutkan

keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir

rahmaanir rahiim itu ada sembilan belas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga

Neraka itu juga ada sembilan belas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir

rahmaanir rahiim dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya

terhindarlah dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah